This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday 12 November 2013

Siti Nurhaliza bidas Khairy Jamaludin, jangan biadap bila tegur orang lebih tua



Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza hari ini telah menggemparkan Malaysia apabila membuat satu tweet yang membidas tepat ke arah Menteri Belia dan sukan, Khairy Jamaluddin seperti paparan printscreen di atas. Datuk Siti telah menegur KJ untuk tidak biadap dengan orang yang lebih tua.

Rakyat Malaysia sudah maklum, sejak memegang portfolia KBS, KJ memang dilihat lantang dalam mengkritik pentadbiran FAM. Malah hingga kini, kemelut antara KJ dan FAM dilihat semakin berlarutan tanpa ada sebarang penyelesaian.

Orang muda khasnya dilihat menyokong penuh cara KJ mengkritik keras FAM dan mahukan perubahan segera. Namun, nampaknya golongan veteran yang berkecimpung dalam sukan bola sepak negara turut menyatakan kekesalan dengan cara KJ memberi teguran.



Ini yang berlaku terhadap Datuk Jamal Nasir, sebagai bekas kapten skuad kebangsaan dan ahli jawatankuasa FAM sebelum ini mengatakan bahawa beliau terguris apabila ada pihak, apa lagi seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan negara, mengkritik secara melulu seolah-olah mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam badan induk itu.

Malah, setelah berita itu dikeluarkan. Hari ini satu kenyataan balas KJ telah menempelak secara sinis kepada Datuk Jamal yang digelar "budak suruhan" namun dinafikan olehnya.

�Jika beliau bukan �budak suruhan� FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,� kata Khairy ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam. 

Mungkin ada pro dan kontra-nya dalam konflik ini. Seharusnya kedua-dua pihak tidak seharusnya kerap kali membuat kenyataan media akhbar kerana orang ramai pasti memandangnya dalam sudut berbeza. Malah golongan berkepentingan seperti blog dan laman web politik pasti memberikan persepsi yang lebih teruk.

Maka, jika diteruskan sudah pasti tidak memberi apa-apa kebaikan. Carilah pendekatan yang lebih baik. Semoga sukan bolasepak negara kita terus maju di masa hadapan


Gempar! Maklumat lelaki Indonesia berniaga IC Palsu didedahkan

Satu persatu kegiatan pemalsuan IC Palsu didedahkan umum semenjak kejadian tembak mati pegawai bank AmBank bulan lalu. Kali ini, satu lagi pendatang asing yang menggunakan IC Palsu telah dikenalpasti berjaya mendapat kad pelantikan anggota RELA. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? ikuti artikel pendedahan yang menakutkan dibawah:

Berikut wajah pendatang tanpa izin, PATI, Arshanikum Endeyn berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia. Dia juga pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM di negara kita.



Sehingga kini tiada pihak berkuasa mampu membuktikan MyKad itu miliknya. MyKad palsu digunakannya untuk mendaftar menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Saya masih sabar menunggu penjelasan rasmi Ibu Pejabat RELA Malaysia berhubung status keahlian Arshanikum kerana semalam pihak terbabit sedang menyiasat identitinya melalui alamat sewaktu dia mendaftarkan diri sebagai ahli RELA. Saya juga telah memohon, RELA merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk tujuan pengesahan.



Bagaimanapun, kita semua telah mengetahui lelaki di gambar kad keahlian RELA itu BUKAN pemilik MyKad tercatat secara jelas di kad. Hasil usaha sumber saya, di bawah, gambar sebenar warganegara Malaysia, Hamdan Hamid, pemilik MyKad terbabit, dilaporkan tinggal di Kampung Air, Kota Kinabalu, Sabah.

Jika Arshanikum berjaya mengelirukan RELA menggunakan identiti palsu, timbul persoalan lebih menggerunkan, berapa ramaikah lagi PATI kini menjadi anggota RELA negara kita?




Telahan saya, Hamdan mungkin pernah kehilangan MyKad sebelum ini dan tanpa disedari butiran dirinya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hasil soal siasat terhadap penjenayah menembak mati pegawai operasi AmBank, Loade Ardina Loade Rasila, MyKad palsu digunakannya diperolehi daripada lelaki Indonesia.

"Ketika ini polis sedang menyiasat penjualan kad pengenalan paslu itu dan menerusi maklumat daripada suspek, dia telah membeli kad itu daripada seorang lelaki Indonesia yang sememangnya berniaga kad pengenalan palsu," tambah Tan Sri Khalid.

Persoalan bagaimanakah Loade Ardina berpeluang membuka akaun simpanan di Ambank Islamic Banking, masih belum terjawab. Sedangkan Bank Negara Malaysia telah mengarahkan semua institusi perbankan menggunakan mesin pengimbas ibu jari bermula pada tahun 2007.

Sejak isu MyKad palsu didedahkan secara meluas, ramai pembaca dari Sabah meluahkan keluhan hati mereka. Mereka dilaporkan terpaksa bergelumang dengan warga Indonesia identiti diragui setiap hari sekaligus menjadi pesaing mereka mencari rezeki di bumi sendiri.

Justeru saya memohon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan perhatian khusus terhadap keluhan sekian lama disuarakan dalam mengkotakan janji beliau untuk menangani masalah PATI secara lebih serius. Ops Cantas dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri ternyata berjaya menangani masalah gangterism, operasi membanteras PATI juga harus setanding.

Hari ini akhbar melaporkan tahun lalu sahaja, kira-kira RM50 bilion ringgit mengalir ke luar negara, dihantar oleh pekerja warga asing berkhidmat di Malaysia. Pekerja rakyat Indonesia sahaja menghantar RM2.9 bilion termasuk wang hasil bekerja sebagai pengawal keselamatan HARAM.

Berikut statistik dipaparkan oleh Utusan Malaysia.




Sesungguhnya pemergian mangsa tembak, Norazita Abu Talib telah memberikan satu impak besar kepada negara. Rakyat dan pemimpin mula lebih sedar betapa pentingnya kita mengusir keluar semua musang berbulu ayam, pengawal keselamatan warga asing bertugas secara HARAM. Pada masa sama, ramai mulai sedar penggunaan MyKad palsu bukan lagi satu isu harus dianggap enteng di Malaysia.

Al-Fatihah buat Norazita, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Penangkapan pembunuh, Loade Ardina, barangkali mengubat sedikit kelukaan ditempuh oleh suami dan 2 anak mangsa tetapi nyawa wanita berstatus ibu dan isteri terkorban itu pasti tiada galang gantinya.

Apapun, saya menganggap Norazita sebagai hero, biarpun dia tidak berpeluang untuk didendang. 

Monday 11 November 2013

22 Gambar 'Joemar', rakan suspek tembak Pegawai Bank. Kini jadi buruan Polis


KUALA LUMPUR: Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai 'Joemar' yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama.

"Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia, Isnin.

Khalid juga berkata polis sudah mengenali identiti sebenar suspek utama itu dan mengesahkan lelaki berusia 35 tahun tersebut berasal dari Sulawesi, Indonesia.


Suspek sebelum ini menggunakan nama dan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara.

Lelaki itu diberkas oleh polis kira-kira pukul 7 pagi Ahad di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Okt lalu.

Mengulas tangkapan lelaki itu, Khalid berkata polis tidak menemui wang rompakan pada suspek.

"Ini bermakna, kita hanya menemui hasil rompakan berjumlah RM20,000 yang ditemui bersama tiga ahli keluarga suspek sebelum ini. Kita juga sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya.

Hasil siasatan awal, suspek mengaku menggunakan kad pengenalan palsu yangdibeli daripada seorang lelaki Indonesia di Malaysia, katanya.

"Kita juga sedang menjalankan siasatan berhubung penjualan kad pengenalanpalsu ini termasuk harga yang ditawarkan walaupun kad pengenalan palsu ini tidakboleh diakses oleh peranti biometrik," katanya.

Sehingga malam Isnin, polis menahan 12 orang termasuk suspek utama berhubung kes itu.

UPDATE: Facebook Joemar telah ditutup













Penjawat Awam didakwa berpakaian mencolok mata ke pejabat!


Pakaian penjawat awam mencolok mata? itulah yang menjadi isu dalam keluaran akhbar hari ini dalam ruangan Forum Bharian  daripada kiriman pembaca bernama Shab Yaa berasal daripada Seremban.

Beliau mendakwa pemakaian penjawat awam semakin terdedah dan menampakkan tubuh badan walaupun mengenakan jubah pada hari jumaat. Beliau turut menyarankan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) mengkaji semula pemakaian yang dikenakan ramai penjawat awam ketika ini.

Apa kata penjawat awam dan masyarakat umum? adakah dakwaan ini berasas? Sudah tentu penjawat awam yang membaca artikel ini ada jawapannya!

Jom ikuti artikel yang dihantar oleh Shab Yaa yang mempertikaikan pemakaian penjawat awam yang beliau dakwa mencolok mata dibawah:



#Mencolok atau menjolok : Kamus Dewan Edisi Ke 4

Sunday 10 November 2013

Akhirnya, misteri Jenazah tidak reput dirungkai waris


SEGAMAT - Beberapa waris kepada jenazah yang ditemui dalam keadaan sempurna semasa kerja pemindahan di Tanah Perkuburan Islam Batu Badak, di sini menerima dengan reda apa yang berlaku.

Hamisah Kassim, 67, anak kepada Allahyarham Mehran Jaafar berkata, ibunya meninggal dunia tujuh tahun lalu ketika berumur 83 tahun dan tidak menafikan ketika hayat allahyarham seorang yang alim dan suka membantu orang tanpa mengharapkan sebarang balasan.

�Arwah ibu sentiasa menunaikan solat di awal waktu. Dia juga akan membaca Al-Quran setiap hari walaupun adakala sibuk dengan tugasnya menguruskan rumah tangga.

�Saya juga masih ingat sikap ibu yang tidak suka menyusahkan orang lain termasuk anak-anak dan ibu juga hanya akan bercakap dan bersuara mengenai perkara yang
dirasakan penting sahaja,� katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak berhampiran tanah perkuburan Islam Batu Badak, semalam.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada jenazah ibunya itu adalah kehendak Allah SWT terhadap hamba-Nya dan seharusnya dijadikan sebagai renungan kepada mereka yang masih hidup.

Satu lagi jenazah yang ditemui dalam tidak reput adalah abang ipar Hamisah iaitu Ahmad Raof yang meninggal dunia ketika berusia lewat 60an lapan tahun lalu.

�Arwah Ahmad Raof merupakan bekas pesara di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua dan pernah menjadi wartawan sambilan. Tetapi, saya tidak dapat memastikan sama ada kedua-dua mereka menghafal Al-Quran atau tidak.

�Tetapi setahu saya mereka berdua memang selalu membaca Al-Quran hampir setiap hari dan dari apa yang saya dengar mereka yang menghafal Al-Quran jenazahnya tidak akan dimamah Bumi dan saya pun tidak dapat mengesahkan adakah mereka tergolong dalam golongan tersebut� katanya.


Bagi Jaafar Mohd Said (Gambar), 78, dia berharap jenazah yang ditemui dalam keadaan baik itu sebagai salah satu petanda bahawa jasad mereka dimuliakan oleh ALLAH SWT dan mengharapkan kesemua jenazah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

�Di sini terdapat kubur waris-waris saya dan di antaranya ialah kubur ayah saya (Mohd Said Ahmad) dan abang saya (Yusuf Mohd Said). Saya pun masih terkejut apabila mendapati kain kapan mereka masih berada dalam keadaan elok meskipun telah lama meninggal dunia.

�Arwah ayah meninggal ketika berusia 78 tahun dan abang saya pada umur 63 tahun. Sukar untuk saya mentafsirkan apa yang berlaku kerana semua ini merupakan urusan ALLAH SWT dan kita sebagai hamba yang beriman harus mempercayainya terutama perkara-perkara ghaib ini. Saya bimbang jika apa yang berlaku ini boleh mendorong kita kepada sifat riak dan takbur.

�Tapi apa yang boleh saya perkatakan kedua-dua waris saya ini semasa hayatnya memanglah seorang yang warak dan taat kepada ajaran agama serta selalu membaca Al-Quran jika mempunyai masa terluang,� katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batu Badak.

Menurutnya, arwah bapanya itu merupakan bekas Penghulu mukim Gemereh dan sepanjang ingatannya bapanya seorang yang cukup penyabar dan jarang baginya untuk melihat bapanya itu marah.

Malah Mohd Said ketika hayatnya dikatakan suka menolong orang yang berada di dalam kesusahan dan sifatnya itu diwarisi oleh arwah abangnya yang kemudiannya menjawat jawatan sebagai Penghulu Mukim Gemereh bagi menggantikan bapanya itu. SHonline

Senarai Rasmi Pemain Johor Darul Ta'zim FC Musim Baru 2014/2015



BARISAN PEMAIN HARIMAU SELATAN - JOHOR DARUL TA'ZIM 

Tunku Ismail mengesahkan senarai 25 pemain yang bakal beraksi bersama JDT musim depan, iaitu Penjaga gol,
  1. Norazlan Razali, 
  2. Muhammad Al Hafiz Hamzah 
  3. Mohd Izham Tarmizi Roslan .

Diikuti,
  • Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 
  • Azizi Matt Rose, 
  • Mohammad Fadhil Mohammad Shas, 
  • S Subramaniam, 
  • Mohd Izuan Jarudin,
  • Mohd Asraruddin Putra Omar, 
  • Mahali Jasuli, 
  • Mohd Daudsu Jamaluddin, 
  • Hariss Harn, 
  • Mohd Irfan Fazail, 
  • Mohammad Safiq Rahim, 
  • Jasazrin Jamaluddin,
  • Mohd Nazrin Mohd Nawi, 
  • Mohd Nurul Azwan Roya, 
  • Muhamaad Akram Mahinan, 
  • Muhammad Haidin Azman, 
  • Mohd Nor Farhan Muhammad, 
  • Mohd Amri Yahyah 
  • dan Norshahrul Idlan Talaha .

Dua pemain import JDT, Pablo Cesar Aimar Giordano dan Braulio Nobrega Rodriguez yang kini dalam misi mengisi satu lagi kekosongan pemain bagi melengkapkan pasukan.Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail turut mengumumkan nama baharu bagi pasukan Johor yang ditukar kepada Johor Darul Takzim II .

�Kita telah menghantar permohonan ini kepada Majlis Suruhanjaya Sukan. Saya dapat rasai, musim depan paling menarik dan mencabar akan persaingan kompetitif daripada pasukan lain.�Bagi pasukan, ia akan dikenali sebagai Johor Darul Takzim II (JDT II) dan kami telah menyerahkan permohonan ini kepada Suruhanjaya Sukan, " katanya .

Jelas Tunku Ismail, tugas jurulatih JDT II untuk musim hadapan akan kembali digalas Azmi Mohamed .

�Pertukaran nama ini dilihat langkah yang baik, kita perlukan perubahan dimana pasukan kedua ini merupakan pasukan sokongan buat pasukan utama dan ia terdiri daripada majoriti pemain-pemain muda,� katanya.

Thursday 7 November 2013

UPDATE: Polis berjaya tahan Puan Rozita, Pemilik Taska Permata Harapan


Terkini, 11/7/2013: Polis menahan Pemilik Taska Permata Harapan, Taman Melati yang dikenali sebagai Rozita Awang, 35 untuk siasatan dalam kes penderaan kanak-kanak di taska tersebut. Wanita berkenaan serah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 10.30 pagi.

Berita penahanan tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dalam berita Edisi 7 di NTV7, pukul 1 tengah hari tadi.

Sebelum ini, Puan Rozita telah menghilangkan diri selepas seorang bapa membuat pendedahan itu kepada media pada 1 Nov lepas. Video rakaman penderaan kanak-kanak tersebut telah menjadi viral di media sosial. Rata-rata rakyat Malaysia yang melihat video tersebut berang dan melemparkan cacian serta makian kepada pengasuh tersebut. 

Wajah Puan Rozita masih tidak dipaparkan sehingga ke hari ini. Beliau mempunyai akaun Facebok peribadi dan membuka Facebook Fan Page untuk Tadika Permata Harapan. Namun, kedua-dua laman tersebut telah dipadam setelah penyebaran video tersebut secara meluas.

Beliau akan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera kanak-kanak. -TengokTvOnline



Artikel berkaitan:

Pelajar lelaki merokok kerana mahu nampak macho


Kuala Lumpur: Lambakan rokok murah di pasaran selain mudah didapati menyebabkan ia turut menggalakkan golongan remaja terutama yang masih di bangku sekolah berjinak-jinak dengan tabiat merokok.

Sebelum ini, kerajaan pada 2010 sudah menetapkan harga minimum rokok 20 batang adalah RM7, namun kini dengan lambakan rokok tidak sah, ia boleh dibeli dengan harga RM3.50 hingga RM4 atau mungkin kurang daripada harga itu.

Tujuan kerajaan menetapkan harga minimum berkenaan adalah untuk tidak menggalakkan golongan remaja ini membeli rokok. Malah, sudah ada peraturan daripada Kementerian Kesihatan mengenai larangan kepada peniaga atau peruncit untuk tidak menjual rokok kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Namun, ramai dalam kalangan remaja yang merokok tidak sedar bahawa mereka sudah melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan mereka didenda atau dipenjarakan jika ditangkap dan yang paling berbahaya mereka turut menyumbang kepada sindiket jenayah yang ada kaitan dengan penyeludupan rokok tidak sah ini.

Seorang kaunselor, Norsalbiah Mohd Said berkata, kegiatan merokok dalam kalangan remaja terutama pelajar sekolah adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya selain ingin dilihat sebagai seorang yang hebat atau �macho�.

Katanya, pada peringkat awal, atas ajakan rakan, mereka mahu mencuba dan lama-kelamaan mula ketagih.


�Ada remaja ini sanggup menggunakan wang poket harian yang diberi ibu bapa untuk membeli rokok. Tambahan pula, ada peruncit yang menjual rokok secara batang. Ini sebenarnya yang menggalakkan perbuatan merokok dalam kalangan pelajar.

�Kita tahu mereka ini tidak mampu membeli rokok secara kotak kerana ia agak mahal, namun kini akibat lambakan rokok tidak sah yang murah serta mudah didapati menyebabkan usaha untuk membanteras golongan remaja merokok pasti akan menemui jalan buntu. Remaja yang merokok ini tidak kisah jenama rokok apa yang dihisap asalkan mereka dapat memenuhi tabiat merokok.

�Mengikut statistik di Malaysia, seramai 40 hingga 50 perokok baru dicatatkan setiap hari. Dianggarkan, terdapat 4.7 juta orang merokok pada tahun lalu dan jumlah itu meningkat daripada 3.1 juta orang pada 2007,� katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bukan saja mencatatkan jumlah peningkatan perokok, malah Kementerian Kesihatan juga turut merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok.

�Bagi remaja yang sedang merokok, masih belum terlambat buat mereka untuk membuang tabiat buruk itu. Amalkan cara hidup sihat dengan tidak merokok,� katanya.

Sementara itu, bagi perokok tegar, mereka tiada masalah untuk membeli rokok tidak sah yang berlambak di pasaran dan mudah didapati asalkan tabiat merokok mereka dipenuhi setiap hari.

Mereka berasakan menghisap rokok tidak sah adalah sama rasanya dengan rokok jenama tempatan namun yang berbeza hanya dari segi harga.

Seorang perokok tegar dan warga Indonesia yang mahu dikenali sebagai Imam berkata, rokok tempatan yang dijual adalah mahal dan ramai rakannya yang merokok tidak pernah membeli rokok jenama tempatan sebaliknya membeli kretek pada harga RM3 untuk 12 batang.

Katanya, di kawasan pembinaan tempat kerjanya, hampir seluruh pekerja yang merokok, menghisap kretek atau rokok seludup. Rasanya sama saja. Apa yang penting murah.

�Harga murah adalah faktor menyebabkan kami membeli rokok seludup. Selama ini pun di kantin pun ada jual. Cukup mudah untuk mendapatkannya,� katanya.

Tuesday 5 November 2013

15 Gambar terkini Wawa Zainal yang ayu bertudung


Di sebalik segala kontroversi yang dihadapi oleh Wawa Zainal, raut wajahnya yang ayu masih menjadi tumpuan peminat. Apalagi semenjak mengenakan tudung, seolah-olah peminat yang marah dapat ditenteramkan dengan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Wawa ke dalam akaun Instagramnya. Antara komen peminat:
I suke jer ngan couple 2 orang ni. Walaupon dia sorokkan perkahwinan dia, it dazen matter pon sebab dia cuma sorokkan perkahwinan. Bukan merompak AMbank ke� atau kuar masuk pub minum arak ke� atau rampas laki orang pastu kawen kat Siam ke
Ada betulnya jugak kan? Apapun... Jom layan gambar-gambar Wawa Zainal bertudung






2 Gambar Bonus:)


 

LIKE Semua Button Untuk Terus Membaca


Powered By PARASIT
#LikeDanTeruskanMembaca