This is default featured slide 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Thursday, 30 January 2014
KOMEN SASHA SAIDIN MENGENAI BAKAL �ADIK IPAR�, ROZITA CHE WAN
mayat wanita ditemui separuh bogel dlm lubang saluran lif Pangsapuri Sri Selangor
Mangsa berusia bawah 20-an itu dipercayai bukan penduduk pangsapuri berkenaan, namun sering kelihatan di situ dipercayai ke rumah teman lelakinya yang menetap di situ.
Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, mangsa dan teman lelakinya tidak kelihatan sebelum mayat wanita terbabit ditemui pihak pengurusan pangsapuri yang menerima aduan daripada penduduk berikutan bau busuk ketika menaiki lif.
Penduduk yang mahu dikenali dengan Ong, 40-an berkata, dia sering terhidu bau busuk setiap kali menggunakan lif untuk ke rumahnya.
Akibat tidak tahan dengan bau yang meloyakan itu katanya, dia dan penduduk lain berpakat melaporkan kepada pihak pengurusan yang kemudian membuat pemeriksaan.
�Petang tadi (semalam) saya pergi ke pejabat pengurusan bersama rakan untuk mengadu hal ini dan pihak pengurusan memberitahu akan membuat pemeriksaan.
�Alangkah terkejutnya apabila mendapati bau busuk yang selama ini disangka bau sampah adalah bau mayat. Pihak pengurusan kemudian membuat laporan polis,� katanya ketika ditemui.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, sepasukan lima anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
�Jentera yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mendapati mayat terbabit sudah membengkak dalam keadaan terlentang di bahagian bawah saluran lif,� katanya.
Menurutnya, jantina dan punca kematian masih belum dikenal pasti. -Hmetro
Wednesday, 29 January 2014
Fasha Sandha hilang sabar, dedah dalang jatuhkan maruah ibu
Beberapa hari yang lalu, kesabaran Fasha dicabar oleh seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai telah menghina ibunya di media sosial.
Individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibunya dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertuanya sendiri (ibu Jejai).
Individu terbabit mula menyampaikan kata-kata negatif berkenaan Fasha dan keluarganya sejak 7 bulan lalu sehinggalah ibu kepada Putra Rayfal Ramli itu bertindak membela ibu kandungnya sendiri. Mungkin kerana terlampau berang, Fasha kemudiannya mendedahkan nama pemilik akaun laman sosial tersebut berserta gambarnya bersama suami dan anak-anaknya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-azATwxmvuRL1vfKMZm2jW-UrEVI8yUrfOKElV6ZvPwjcS1hPBj1sbeUbUuWj21cpUxHcOzZwI1Ib4c_YYeNjL3wUsJFXIUeQP9KBk4dQ6Yz7rgnWRbK7fdZUmBX6zKZ0LFFRLBU8Cpbm/s1600/Screen-Shot-2014-01-12-at-20.21.58-630x366.png)
Komen Fasha Sandha (Gambar atas):
Salam dear makcik @ungkusabariah Saya ingin memohon maaf, terhadap apa yg saya ingin katakan disini,sesungguhnya nama seindah makcik 'ungku sabariah' tidak seindah perilaku makcik. Makcik juga seorang ibu dan seorang isteri, saya pasti suami dan anak2 makcik pasti malu dengan komen2 yang makcik berikan di laman instagram ibu mertua saya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFq72BYKax_L4UZKPA7YYtbm95depr7J2zfaqb396xWD1Vk-yvdifzFTgcvLkok25l5Kum9KWg8Z_Delqrzlg9SMuHWldXnEWoNfWup9zJBJ1uEzFZqXHgPnWzcPQENL-XCZtBP-DaA1u5/s1600/Screen-Shot-2014-01-12-at-20.25.22-630x367.png)
Ekoran dari pendedahan tersebut, wanita pertengahan umur terbabit dipercayai telah memadamkan akaun Instagram miliknya secara serta-merta.
Ramai ramai yang menyokong tindakan selebriti ini, tetapi tidak kurang juga yang mempertikaikan perbuatan Fasha yang dilihat sengaja membalas dendam dengan mengaibkan wanita tersebut.
Fasha kembali menjelaskan niatnya berbuat demikian hanya untuk memberi pengajaran sambil mendoakan kesejahteraan wanita berkenaan. - Oh Bulan!
Tuesday, 28 January 2014
kubur pemimpin kejam Israel, Ariel Sharon
Ariel Sharon, pemimpin kejam Israel yang dilaporkan meninggal dunia pada 11 Januari 2014 kini bakal dikuburkan bersebelahan dengan kuburan isterinya.
Sebelum ajalnya tiba, Ariel Sharon telah menderita koma selama 8 tahun iaitu sejak tahun 2006 akibat diserang angin ahmar.
Rata-rata rakyat dunia terutama rakyat Palestin gembira mendengar khabar kematian pemimpin Israel yang digelar sebagai �The Bulldozer" itu.
Monday, 27 January 2014
Ngeri kaki penunggang motosikal terputus!
PANAS��APA KATA ASYRAF SINCLAIR? (Bunga Cinta Lestari)
Ajaib Yang Berlaku Di Syria, Ditembak Tetapi Tidak Mati
Lelaki ini telah ditembak oleh sniper milik rejim Assad di bahagian dada. Tetapi dengan kuasa Allah, beliau telah diselamatkan oleh ALLAH kerana peluru itu terkena syiling yang diletak di poket bajunya.
Alhamdulillah!
Gambar :
Selebriti Lupa Pakai Seluar Dalam, Tak Sengaja Tertunjuk Kepada Orang Awam
Eva Longoria sekali lagi mengalami saat-saat memalukan apabila hujan membasahi karpet merah di Cannes semalam.
Bekas bintang drama bersiri Desperate Housewives berusia 38 tahun ini muncul dengan gaun hijau muda di tayang premeier festival filem oleh Jimmy P. (Psychotherapy Of A Plains Indian)
Ketika beliau cuba mengangkat kainnya yang labuh bagi mengelakkan ia basah, pelakon jelita ini secara tidak sengaja mendedahkan bahawa beliau tidak memakai seluar dalam.
Insiden memalukan tersebut berjaya dirakamkan kamera ketika beliau sedang menaiki tangga yang basah dek hujan.
Bagi mengelakkan beliau terus malu, kami terpaksa menapis gambar di bawah, NSFW!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnD3N1yFDwYGjIcZgkxSsk22Jyjzdt1m0I1EqayQgzPzbtnc_9Du_JLoVl_G_Lbkknv-Ia9KofFzoaXJ22F6JzsbBUT_IPVC5unwtfr2z4R99K2bL7Sisp3k7-EE6DMtx_iJWwa5nrUr8/s1600/eva-longoria-wardrobe-malfunction-cannes-03-675x900.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW4s6rg81bxIRFvnplkb0tVjqNMAcS6gLQMUOssU6r1eIHHWAG2G1__XCG43tZydUfGD41YaVQgfhDDP_2BP5qtlC16wlkMGcWdEhPPKxYCivUpibOKZV1veKy5slhGf0FuVkF1ayE6pw/s1600/eva-longoria-wardrobe-malfunction-cannes-09-675x900.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ7R1Sw6HmuNh73mfTZV5iIwUy0Kq2LuY2Bra1u4Oycard-32LG1yY4MDZVwPGhjc-RP_-f6jAgXS_nw8OefsXqb_mkJH7iBGt8KZG8sbyJnjwjWKCTjuH-Ta26e04VWmMZ26paKh39KU/s1600/eva-longoria-wardrobe-malfunction-cannes-01-675x900.jpg)
Monday, 13 January 2014
5 Gambar Kemalangan negeri Penuntut IPT maut kereta langgar pokok
Goh Tiam Wang, 23, yang memandu Nissan Sylphy dipercayai gagal mengawal keretanya sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang tiang elektrik dan kemudian melanggar pokok di laluan berselekoh itu, jam 4 pagi.
Rempuhan kuat
Kami bergegas ke lokasi, namun mangsa tersepit dalam kereta. Saya menghubungi ambulans dan bomba untuk bantuan� Aliff Irfam Jaafar, Saksi
Mangsa memandu dari arah pusat bandar ke persimpangan lampu isyarat Jalan Penghulu Abas untuk pulang ke rumahnya di Taman Saujana Indah, Bukit Katil. Rempuhan mengakibatkan keretanya 'melekat' pada pokok dan pemandunya tersepit dalam kenderaan sebelum disahkan mati.
Anggota bomba mengambil masa 30 minit mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang remuk.
Saksi kejadian, Aliff Irfam Jaafar, 20, berkata dia sedang berehat bersama rakan di medan selera berhampiran sebelum mendengar bunyi brek kenderaan dan melihat sebuah kereta melanggar tiang elektrik, sebelum merempuh pokok.
�Kami bergegas ke lokasi, namun mangsa tersepit dalam kenderaannya. Saya segera menghubungi ambulans dan bomba untuk bantuan,� katanya.
Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, ketika dihubungi berkata, mayat dihantar ke Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Berita Harian , Gambar: FB Page Bomba Malaysia
Semakan keputusan kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 (2014)
Untuk permohonan ke Tingkatan 4, keputusan mungkin keluar pada minggu pertama Februari 2014.
Semakan secara online
Untuk meyemak secara online sila layari halaman semakan pada portal rasmi MARA (pautan-pautan di bawah akan mula aktif pada tarikh keputusan keluar):
Semakan melalui SMS (Tingkatan 1)
Untuk semakan melalui pesanan ringkas, anda boleh gunakan khidmat mySMS.
Taipkan:
MARA MRSM [Angka Giliran]
pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.