Thursday 30 January 2014

KOMEN SASHA SAIDIN MENGENAI BAKAL �ADIK IPAR�, ROZITA CHE WAN

Seperti yang kita semua tahu, kekasih Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin mempunyai seorang kakak yang juga merupakan selebriti. Jadi pihak media telah cuba mendapatkan komen dari Sasha Saidin berkenaan pandangannya terhadap bakal �adik iparnya� itu. Kata Sasha dia mengakui tidak banyak meluangkan masa bersama Rozita Che Wan, bagaimanapun dia menyenangi wanita itu biarpun baru dua kali bertemu.

�Saya sebenarnya baru jumpa dia (Che Ta) dua kali. Pertama kali ketika sambutan hari jadi dan makan malam. Masa itu kami duduk berjauhan. Tak sempat pun nak berbual panjang. Kali kedua, ketika dia teman Zain pergi mengundi hari itu. Kami lepak di kopitiam. Kebetulan ada ayah dengan anak saya jadi saya lebih banyak berbual dengan mereka. Apa yang saya boleh katakan, Rozita merupakan seorang wanita yang very well mannered. Dia seorang yang lemah lembut, pandai bawa diri dan sangat menjaga penampilan. Saya tak ada masalah dengan dia. Persiapan kahwin pun saya tak tahu sangat sebab Zain sangat sibuk dengan pengambaran. Itu pun dia baru balik dari New Zealand ,� jelas Sasha dipetik dari laporan gua.com.my
sasha saidin dan rozita che wan che ta
Sasha juga berkata dia sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Ok la tu kan. Kalau kakak dah setuju maka ahli keluarga lain sudah tentu tiada masalah jugak kan.
UPDATE � Menerusi sidang media khas untuk umumkan tarikh pernikahan mereka, Zain dan Che Ta mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember 2013 depan iaitu pada hari Rabu bertempat di Gazebo Setia City Convention Centre. Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre. Sebelum pernikahan itu, mereka akan melangsungkan majlis berinai dan ia akan diadakan di Ngah Mahligai  pada 10 Disember 2013 juga pada pukul 8 malam. Baca selanjutnya disini � AKHIRNYA ZAIN SAIDIN DAN ROZITA CHE WAN UMUM TARIKH PERNIKAHAN MEREKA?

0 comments:

Post a Comment

 

LIKE Semua Button Untuk Terus Membaca


Powered By PARASIT
#LikeDanTeruskanMembaca