Tuesday 11 March 2014

Cool - Masjid Djenn� Di Mali : Masjid Diperbuat Dari Lumpur dan Jerami (16 Gambar)

Bila bercakap pasal masjid kita akan terus nampak kubah besar dan menara muezzin. Ini ialah rupa default kebanyakkan masjid di seluruh dunia. Masjid Djenn� yang terletak di Djenn� , Negara Mali tidak kelihatan seperti masjid biasa dan ini membuatkan ianya kelihatan sangat unik.

Mula dibina pada kurun ke 13 masjid ini melalui pelbagai proses pembesaran dibawah pemerintahan Sultan Mali.Sebelum beliau memeluk Islam Masjid Djenn� merupakan istana beliau. Sultan Kunburu kemudian mengubah suai istananya menjadi masjid sebelum membina istana baru bersebelahannya. Selepas beberapa ratus tahun Masjid mula rosak. Hanya selepas Mali ditakluki Perancis pada tahun 1906, ianya diperbaiki dan dibesarkan. Kini masjid ini sebesar 75x75 meter. Ianya dibina sepenuhnya menggunakan batu yang dibuat dari lumpur dan jerami yang dipanggil FEREY oleh penduduk tempatan. Dalam bahasa inggeris ianya dipanggil ADOBE. Batuan ferey kemudian dilumur lapisan lumpur bagi memberi permukaan yang licin. Kerana ianya dibuat daripada lumpur dan jerami Masjid Sultan Kunburu harus diperbaiki setiap tahun. As it stand Masjid Djenn� ialah bangunan diperbuat daripada lumpur terbesar didunia dan diiktiraf sebagai World Heritage Site pada tahun 1988.

Apa yang menariknya bagi aku ialah rupanya yang sangat lain dari masjid yang lain. Jika masjid lain mempunyai bulan sabit diatas kubah, Masjid Djenn�, seperti kebanyakkan masjid di Afrika sebaliknya meletakkan telur burung unta. Walaupun sudah ada bahan binaan dan rekaan moden, penduduk Djenn� enggan merubah dan mempermodenkan masjid mereka sebagai tanda mengekalkan tradisi tempatan.

Dibawah ialah beberapa gambar Masjid Djenn� yang aku jumpa melalui Google. Enjoice!





0 comments:

Post a Comment

 

LIKE Semua Button Untuk Terus Membaca


Powered By PARASIT
#LikeDanTeruskanMembaca